Sunday 15 November 2009

hakikat 1malaysia:Rakyat didahulukan!!!

1Malaysia, Kelantan terus dianak tiri
Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 15 Nov: Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.

Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.

“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”

“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.

Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.

Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.

Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.

“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.

“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.

Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.

Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.

“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.

Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.

Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar.

Tuesday 13 October 2009

The Martyr Obaidah Al-Qudsi



Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful voice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.
Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma.  Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!
On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.
Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.
Synopsis about the martyr:
Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.
Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.
Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.
He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.
During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.
In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancée enjoy her future with him!

Tuesday 29 September 2009

SOFTWARE CINTA KASIH

Insya Allah kali ini ana ada sedikit perkongsian untuk sahabat2,satu software yang sangat bernilai yang tak boleh dibeli dimana-mana kedai computer,kenapa?kerana tidak ada dijual dimana mana kedai computer.dan inilah satu-satunya software yang copyrightnya memang pure hakmilik Islam.tapi cara nak menginstalnya agak susah ,ini telah terbukti kerana telah ramai cuba menginstalnya tapi tidak Berjaya.tetapi ramai juga yang Berjaya. Ingin Berjaya seperti mereka jom ikuti steps yang telah diberikan oleh customer service ini kepada pelanggannya:


Linx-Lunx : Ya, ada yang boleh saya bantu?

Pelanggan : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal cinta kasih. Bolehkah encik memandu  saya menyelesaikan prosesnya?

Linx-Linux : Ya, insyaAllah saya dapat membantu awak. Awak sedia melakukannya?

Pelanggan : Baik, saya tidak mengerti secara tekniknya, tetapi saya bersedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan terlebih dahulu?

Linx-Linux : Langkah pertama adalah membuka HATI awak. Tahukan awak di mana HATI awak?

Pelanggan : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstalnya sementara program-program tersebut aktif?

Linx-Linux : Program apa saja yang sedang aktif?

Pelanggan :Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.

Linx-Linux : Tidak mengapa. CINTA-KASIH akan menghapuskan SAKITHATI.EXE dari sistem operasi awak . Program tersebut akan tetap ada dalam memori awak, tetapi tidak lama kerana akan tertimpa program lain. CINTA-KASIH akan menimpa MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi awak harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah awak mematikannya?

Pelanggan : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah encik memandu saya?

Linx-Linux :Dengan senang hati. Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

Pelanggan : OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstal secara otomatik apakah ini wajar berlaku?


Linx-Linux : Ya, awak akan menerima pesanan bahwa CINTA-KASIH akan terus diinstal kembali dalam HATI awak. Apakah awak melihat message tersebut?

Pelanggan : Ya. Apakah sudah selesai terinstal?

Linx-Linux : Ya, tapi ingat bahawa awak  hanya punya program dasarnya saja. awak perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar dapat meng-upgrade-nya.

Pelanggan : Oops. Saya mendapat message error. Apa yang harus saya lakukan?

Linx-Linux : Apa messagenya?

Pelanggan : ERROR 412 - 'PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT'. ertinya?

Linx-Linux : Jangan kuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal awak. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti awak harus men 'CINTA-KASIH'-di mesin awak sendiri sebelum
men'CINTA-KASIH'-di orang lain.


Pelanggan : Lalu apa yang harus saya lakukan?

Linx-Linux : Dapatkah awak klik pulldown direktori yang disebut 'PASRAH'?


Pelanggan : Ya, sudah.

Linx-Linux : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori 'MYHEART' MEMAAFKAN- DIRISENDIRI. DOC,  dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menimpa file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Awak juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

Pelanggan : Sudah. Hehe! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopi ke HATI. Apakah ini wajar?

Linx-Linux : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTAKASIH telah terinstal dan aktif. Awak harus bisa menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.


Pelanggan: Apa?

Linx-Linux : CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang awak temui. Mereka akan share kepada orangl ain dan seterusnya sampai awak akan menerimanya kembali.

Pelanggan: Pasti. Terima kasih atas bantuannya.

People make mistakes, but the mistakes that people make also make the people.

Angpau Raya untuk muslimah yang cantik

 
1) Agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari aitu dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan , biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, salat, berdikir,dan berdoa.

2) Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah 'bersenam'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dll, cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakan seluruh tubuh.

3) Untuk hilangkaqn semua keluh kesah kita adalah dengan zikir dan doa.

4) Manakala untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga.Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam pembedahan plastik.Tidak lupa membisikan 'kata kunci' "Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii" "Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku" (HR Ahmad).

5) Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak memakai pakaian sombong diri atau takabur.

6) Agar tubuh langsing lakukan diet yang teratur aitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS.Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air kosong.

7) Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Selamat beramal……...

Tuesday 1 September 2009

iNdAhnYA kEMaAfaN

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kuasa dan indahnya kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.

Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.

Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat ,yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”

Jom kita lihat bagaimana pula kaitan “marah” dengan kemaafan.Sungguhya,ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri kita sendiri.
Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.

Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). {Surah al-Syuara’: ayat 43}

Antara marah, dendam dan maaf maka seafdalnya kemaafan itu menjadi pilihan utama. Namun, berdayakah seorang insan biasa yang punya hati dan perasaan untuk melupuskan perasaan tersebut seraya memberikan kemaafan kepada orang yang terbabit?

Perasaan amarah yang dipendam dan ditahan di dalam hati sudah pasti bukanlah suatu perkara yang menyenangkan. Dan, dendam bukanlah jalan terakhir untuk penyelesaian amarah tersebut. Islam mengharuskan kita mengambil tindakan yang adil terhadap mereka yang menyebabkan kita marah yakni (di atas kebenaran) yakni yang disebut ‘al-adl‘ namun Islam lebih menggalakkan tindakan yang lebih afdal, iaitu memberikan kemaafan. Justeru, inilah disebut ‘al-ihsan‘ iaitu berbuat baik atau bersikap baik. Bahkan, Islam juga menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana kemaafan itu boleh menghilangkan rasa amarah dan dendam di dalam diri.

Akhirnya ,cuba tanya pada diri kita .Pernah tak kita rasa begitu sukar nak memberi kemaafan? Yang paling menyedihkan apabila kemaafan itu sekadar lahir di bibir sahaja. Hakikatnya, jauh di sudut hati, masih tersimpan seribu satu rasa yang mencengkam jiwa.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apa kata mulai hari ini, apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:

Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)
Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.

Jadi ,Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini?

Manusia tidak dapat lari dari membuat kesalahan di muka bumi ini , tetapi Insan yang memberi maaf itu lebih Tinggi darjatnya di sisi Allah Taala

Oleh itu, sebagai hamba Allah yang telah terlanjur melepaskan amarahnya dan kesilapan kepada kamu, saya ingin sejuta kemaafan. Entah esok atau lusa, mata saya terpejam tanpa memohon maaf kepada kamu yang tersinggung nescaya saya termasuk antara hamba-Nya yang rugi. Wassalam.


-from blog Ust Pahrol-

Sunday 30 August 2009

APA YANG MENGHALANGIMU UNTUK BELUM BERHIJAB WAHAI SAUDARIKU




Hijab adalah pakaian wanita muslim yang menutup bagian kepala sampai ke kaki (termasuk didalamnya jilbab/tudung dan pakaian yang longgar tidak memperlihatkan bentuk tubuh). Bagi orang awam, masalah hijab mungkin dianggap masalah sederhana. Padahal sesungguhnya, ia adalah masalah besar. Karena ia adalah perintah Allah SWT yang tentu didalamnya mengandung hikmah yang banyak dan sangat besar. Ketika Allah SWT memerintahkan kita suatu perintah, Dia Maha Mengetahui bahwa perintah itu adalah untuk kebaikan kita dan salah satu sebab tercapainya kebahagiaan, kemuliaan dan keagungan wanita.

Seperti firman Allah SWT: "Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin untuk mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka,lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu”.(QS. Al Ahzab:59)

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Akan ada di akhir umatku kaum lelaki yang menunggang pelana seperti layaknya kaum lelaki, mereka turun di depan pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian (tetapi) telanjang, diatas kepala mereka (terdapat suatu) seperti punuk unta yg lemah gemalai. Laknatlah mereka! Sesunggunya mereka adalah wanita -wanita terlaknat."(Diriwayatkan oleh ImamAhmad(2/33))

Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah bersabda: “Dua kelompok termasuk penghuni Neraka, Aku (sendiri) belum pernah melihat mereka, yaitu seperti orang yg membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuki manusia dan para wanita yg berpakaian (tetapi ) telanjang, bergoyang berlenggak lenggok, kepala mereka (ada suatu) seperti punuk unta yg bergoyang goyang. Mereka tentu tidak akan masuk Surga, bahkan tidak mendapat baunya. Dan sesungguhnya bau Surga itu tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian."(HR. Muslim, hadits no. 2128).

Dimasa kini banyak alasan atau sebab yang sering dijadikan alasan mengapa para wanita enggan untuk berhijab, diantaranya:

1. Belum mantap
Bila saudari berdalih dengan syubhat ini hendaknya boleh membezakan antara dua hal.
Yakni antara perintah Tuhan dengan perintah manusia. Selagi masih dalam perintah manusia, maka seseorang tidak boleh dipaksa untuk menerimanya. Tapi bila peritah itu dari Allah SWT tidak ada alasan bagi manusia untuk mengatakan saya belum mantap, kerana boleh mengheret manusia pada bahaya besar iaitu keluar dari agama Allah SWT sebab dengan begitu ia tidak percaya dan meragukan kebenaran perintah tersebut

Allah SWT berfirman: "Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan wanita mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah SWT dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata” (QS. Al-Ahzab: 36)

2.Iman itu letaknya di hati bukan pada penampilan luar

Para saudari yang belum berhijab berusaha menafsirkan hadis, tetapi tidak sesuai dengan yang dimaksudkan, seperti sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasalam:

Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat pada bentuk-bentuk (lahiriah) dan harta kekayaanmu tapi Dia melihat pada hati dan amalmu sekalian.”(HR. Muslim, Hadist no. 2564 dari Abu Hurairah).

Nampaknya mereka menggugurkan makna sebenarnya yang dihunuskan pada kebatilan.Memang benar Iman itu letaknya dihati tapi Iman itu tidak sempurna bila dalam hati saja. Iman dalam hati semata tidak cukup menyelamatkan diri dari Neraka dan mendapat Syurga.Kerana definisi Iman Menurut jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah: "keyakinan dalam hati,pengucapan dengan lisan, dan pelaksanaan dengan anggota badan". Dan juga tercantum dalam Al-Quran setiap kali disebut kata Iman, selalu disertai dengan amal, seperti: "Orang yg beriman dan beramal shalih....". Kerana amal selalu beriringan dengan iman, keduanya tidak dapat dipisah-pisahkan.

3. Allah belum memberiku hidayah
Saudari yang seperti ini terperosok dalam kekeliruan yang nyata. Kerana bila orang yang menginginkan hidayah, serta menghendaki agar orang lain mendo'akan dirinya agar mendapatkannya, ia harus berusaha keras dengan sebab-sebab yang boleh menghantarkannya sehingga mendapatkan hidayah tersebut.

Seperti firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(QS. Ar-Ra'd: 11).

Kerana itu wahai saudariku, berusahalah mendapatkan sebab-sebab hidayah, nescaya anda mendapatkan hidayah tersebut dengan izin Allah SWT. Diantara usaha itu adalah berdo'a agar mendapat hidayah, memilih kawan yang solehah, selalu membaca, mempelajari dan merenungkan Kitab Allah, mengikuti majlis zikir dan ceramah agama dan lainnya.

4.Takut tidak laku nikah


Syubhat ini dibisikkan oleh syaitan dalam jiwa kerana perasaan bahawa para pemuda tidak akan mahu memutuskan untuk menikah kecuali jika dia telah melihat badan, rambut, kulit, kecantikan dan perhiasan sang gadis. Meskipun kecantikan merupakan salah satu sebab paling utama dalam pernikahan, tetapi ia bukan satu-satunya sebab dinikahinya wanita.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat hal; iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Dapatkanlah wanita yg berpegang teguh dengan agama,(jika tidak) nescaya kedua tanganmu berlumur debu
". (HR. Al Bukhari, kitaabun nikah,9/115).

5.Ia masih belum Dewasa
Sesungguhnya para wali, baik ayah ataupun ibu yang mencegah anak puterinya berhijab, dengan dalih karena masih belum dewasa, mereka mempunyai tanggung jawab yang besar dihadapan Allah SWT pada hari Kiamat. Kerana menurut syariat ketika seorang gadis mengalami Haidh,seketika itu pula ia wajib untuk berhijab.

6. Orang tuaku dan suamiku melarang berhijab

Dasar permasalahan ini adalah bahwa ketaatan kepada Allah SWT harus didahulukan daripada ketaatan kepada mahluk walau siapa pun dia. Seperti dalam hadit sahih disebutkan:

"sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam kebaikan."(HR. Al Bukhari dan Muslim).

Dan sabda Rasul dalam hadis lainnya: "Dan tidak boleh taat kepada mahluk dengan menderhakai (bermaksiat) kepada Al-Khaliq."
(HR. Imam Ahmad, hadits ini shahih).

Maka dari itu wahai saudariku tersayang yang belum berhijab, semoga tulisan ini mejadi pembuka hati yangterkunci, menggetarkan perasaan yg tertidur, sehingga boleh mengembalikan segenap wanita yang belum mentaati perintah berhijab, kepada fitrah yang telah diperintahkan Allah SWT.

(Dikutip dari buku terjemahan yg berjudul asli Ila Ukhti Ghairil Muhajjabah Mal Maani'u Minal Hijab? oleh Syaikh Abdul Hamid Al Bilaly). Wallahu AÂ’lam.

Friday 26 June 2009

Kasih Tak Bersyarat

dedication for my beloved mum


Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku

Kerana seekor lalat, syurga jadi destinasi





Agak lama saya tidak postkan entri kesini semenjak merasmikan blog ini.sebenarnya diri ini disibukkan dengan final exam yang selesai dua hari yang lepas. Alhamdulillah,selepas berhempas pulas study untuk sem ini akhirnya berjaya juga tamatkanya.semoga apa yang akan dperoleh nanti sejajar dengan usaha yang diletakkan,insyaAllah dengan berkat doa ibu,ayah serta saudara-saudara seakidahku.

insyaAllah kali ini ingin saya kongsikan sebuah cerita teladan ,mungkin biasa-biasa sahaja tapi amat menarik dan tertarik. insyaAllah moga dapat ibrah daripadanya.masyaAllah begitu senang sekali untuk kita ke syurga dan begitu senang juga untuk ke neraka,nauzubillah .Maha Suci Allah.

Imam Thariq bin Syihab pernah berkata kepada penuntut-penuntut pengajiannya sewaktu dalam sebuah majlis,"Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat,dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat".

Kenyatannya itu amat mengejutkan kaum muslimin yang hadir pada majlis itu setelah mendengar kata-kata tersebut dan masing- masing melonjak rasa ingin tahu akan kisah yang diberitakan.

"Bagaimana perkara itu boleh terjadi?"tanya mereka serentak.

Kemudian,Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah kisah berikut…..

"Pada suatu masa,ada dua orang pemuda yang mengembara keseluruh pelusuk negerinya.Suatu hari , mereka telah memasuki sebuah daerah yang mana penduduknya menyembah berhala.kaum yang mendiami daerah itu mempunyai berhala yang disembah dan dimuliakan.pada adat mereka , barangsiapa yang memasuki daerah mereka harus memberikan korban sebagai sesembahan mereka untuk berhala itu.jika tidak patuh,maka mereka tidak akan dibiarkan keluar dari daerah tersebut dalam keadaan selamat.

Maka untuk situasi itu mereka mengalami hal yang sama.mereka harus memberikan sesembahan kepada berhala.

Lelaki pertama yang sangat takutkan mati,yang tidak memiliki apa-apa akhirnya menangkap seekor lalat untuk disembahkan sebagai korbannya kepada berhala.

Sedangkan lelaki kedua,tetap teguh memegang akidahnya.Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu walau seekor lalat.Dia tetap memilih untuk taat pada ajaran agamanya yang mana korban hanyalah dilakukan pada Eidul Adha sahaja yang mana sesuai dengan syariatnya Yang ikhlas dilakukan kerana Allah Taala.Padanya memberikan sesembahan kepada berhala meskipun seekor lalat adalah perbuatan menyekutukan Allah.Itu adalah dosa besar.Akhirnya dia dibunuh.Dia mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Manakala lelaki yang pertama tadi,akhirnya memeruskan perjalanan pengembaraannya,namun baru sahaja berjalan beberapa langkah ,ditengah padang pasir dia telah dipatuk ular yang akhirnya membawa kepada kematianya.Namun dia mati dalam keadan musyrik,menyekutukan Allah .Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah kerana sesembahnya seekor lalat."

Sunday 14 June 2009

welcoming myself

Apa ye yang nak ditulis,rasanya banyak perkara yang nak dicoretkan tapi tak tercoret pula oleh jari jemari ini.pepejelah kan pada awal2 entri ni,maklumlah baru belajar nak berblog ni.harapnya ruangan ini dapatlah saya guna untuk saya berkongsi ilmu pengetahuan dengan sahabat2 lain.dapat juga untuk saya berkongsi rasa dan menyampaikan sepatah dua ilmu yang Allah berikan pada saya dalam melangkah menempuh ujian yang Dia kurniakan ini . untuk mendewasakan kita dan ntuk kita mengenal erti hidup yang sebenar menuju redhaNya.Semoga hidup kita sentiasa berada dibawah naungan cintaNya yang Maha Pengasih

Thursday 11 June 2009

kasih sayang seorang ibu



Saat kau berumur 1 tahun, dia menyuapi dan memandikanmu.

Sebagai balasannya, kau menangis sepanjang malam.

Saat kau berumur 2 tahun, dia mengajarimu bagaimana cara berjalan.

Sebagai balasannya, kau berpaling saat dia memanggilmu.

Saat kau berumur 3 tahun, dia memasakkan semua makananmu dengan kasih sayang.

Sebagai balasannya, kau buang piring berisi makanan ke lantai.

Saat kau berumur 4 tahun, dia memberimu pensil berwarna.

Sebagai balasannya, kau conteng dinding rumah dan meja makan.

Saat kau berumur 5 tahun, dia membelikanmu pakaian-pakaian yang mahal dan indah.

Sebagai balasannya, kau memakainya untuk bermain di kubangan lumpur dekat rumah.

Saat kau berumur 6 tahun, dia menghantarmu pergi ke sekolah.

Sebagai balasannya, kau berteriak."TAK MAHU!!"

Saat kau berumur 7 tahun, dia membelikanmu bola.

Sebagai balasannya, kau lemparkan bola ke jendela tetangga.

Saat kau berumur 8 tahun, dia memberimu ais krim.

Sebagai balasannya, kau tumpahkan hingga mengotori seluruh bajumu.

Saat kau berumur 9 tahun, dia membayar mahal untuk kursus bahasamu.

Sebagai balasannya, kau sering ponteng dan sama sekali tidak pernah berlatih.

Saat kau berumur 10 tahun, dia mengantarmu ke mana saja, dari kolam renang hingga pesta ulang tahun.

Sebagai balasannya, kau melompat keluar kereta tanpa memberi salam.

Saat kau berumur 11 tahun, dia menghantar kau dan teman-temanmu ke bioskop.

Sebagai balasannya, kau minta dia duduk di baris lain.

Saat kau berumur 12 tahun, dia melarangmu untuk melihat acara TV khusus orang dewasa.

Sebagai balasannya, kau tunggu sampai dia di keluar rumah.

Saat kau berumur 13 tahun, dia menyarankanmu untuk memotong rambut, karena sudah waktunya.

Sebagai balasannya, kau katakan dia tidak tahu fesyen.

Saat kau berumur 14 tahun, dia membayar biaya untuk campingmu selama sebulan

Sebagai balasannya, kau tak pernah meneleponnya.

Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.

Sebagai balasannya, kau kunci pintu kamarmu.

Saat kau berumur 16 tahun, dia ajari kau mengemudikeretanya.

Sebagai balasannya, kau pakai keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.

Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu telefon yang penting.

Sebagai balasannya, kau pakai telefon tanpa henti semalaman.

Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus SPM

Sebagai balasannya, kau berpesta dengan temanmu hingga pagi.

Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar biaya kuliahmu dan menghantarmu ke kampus pada hari pertama.

Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu gerbang agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.

Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, "Dari mana saja seharian ini?"

Sebagai balasannya, kau jawab,"Ah Ibu ni, ingin tahu urusan orang je!"

Saat kau berumur 21 tahun, dia menyarankan satu pekerjaan yang bagus untuk kariermu di masa depan.

Sebagai balasannya, kau katakan,"Aku tidak ingin seperti Ibu."

Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan haru saat kau lulus perguruan tinggi.

Sebagai balasannya, kau tanya dia bila kau boleh ke Bali.

Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu 1 set furniture untuk rumah barumu.

Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu betapa jeleknya furniture itu.

Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.

Sebagai balasannya, kau mengeluh,"Aduuh,ibu ni?"

Saat kau berumur 25 tahun, dia mambantumu membiayai penikahanmu.

Sebagai balasannya, kau pindah ke kota lain yang jaraknya lebih dari 500 km.

Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasihat bagaimana merawat bayimu.

Sebagai balasannya, kau katakan padanya,"Bu, sekarang zamannya sudah berbeza!"

Saat kau berumur 40 tahun, dia menelefon untuk memberitahukan pesta ulang tahun salah seorang saudara.

Sebagai balasannya, kau jawab,"Bu, saya sangat sibuk tidak ada masa."

Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perawatanmu.

Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang. Dan tiba-tiba kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan, karena mereka datang menghentam HATI mu bagaikan paluan gendang