Wednesday 1 December 2010

Jom ikuti..

Sudah empat hari di bumi UIA ini,sunyi pada siangnya dan bertambah sunyi pada malamnya. Setiap pagi selepas solat subuh bayangan kampung halaman  akan berlegar-legar di ingatan..Bukan pagi sahaja bahkan everytime and everysecond. Datang mengejut ke sini menambahkan lagi rasa rindu.Dengan kata lain ‘homesick’ datang lagi. Tapi itu perkara biasa untuk setiap kali jejakan kaki ke sini setelah pulang bercuti walaupun telah  lebih 5 tahun merantau.Ia bukanlah perkara buruk bahkan ia menunjukkan betapa sayangnya dan rindunya pada mereka.
Seminggu di rumah usai solat subuh,selesai kejutkan yang lain untuk bangkit mengadapNya siaran televisyen menjadi pilihan bersama ibu dan kakak tersayang.Mungkin tabiat manusia zaman sekarang celik sahaja mata TV,nak pejam mata pun diakhiri TV.Walaubagaimanapun bergantung juga pada pemilihannya. Bermula 6.30 pagi hinggalah 8.00 pagi inilah rutin harian dirumah.Rancangan kegemaran bersama,kenapalah ia diwaktu ini kan?Tapi elok juga untuk mengelakkan tidur diwaktu pagi.Lagipun tidak digalakkan ummat Islam untuk tidur selepas subuh.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Bak kata pepatah sambil meyelam minum air.Sambil ikuti rancangan Tv tersebut kerja lain juga dapat dibereskan.Rancangan yang dimaksudkan adalah “Bicara mufti” dan “Tanyalah ustaz”. Tak percaya cubalah untuk anda ikuti.Biasalah rancangan seperti ini diwaktu inilah di allocate kan waktunya.Ada kebaikan dan ada keburukannya.