Wednesday 1 December 2010

Jom ikuti..

Sudah empat hari di bumi UIA ini,sunyi pada siangnya dan bertambah sunyi pada malamnya. Setiap pagi selepas solat subuh bayangan kampung halaman  akan berlegar-legar di ingatan..Bukan pagi sahaja bahkan everytime and everysecond. Datang mengejut ke sini menambahkan lagi rasa rindu.Dengan kata lain ‘homesick’ datang lagi. Tapi itu perkara biasa untuk setiap kali jejakan kaki ke sini setelah pulang bercuti walaupun telah  lebih 5 tahun merantau.Ia bukanlah perkara buruk bahkan ia menunjukkan betapa sayangnya dan rindunya pada mereka.
Seminggu di rumah usai solat subuh,selesai kejutkan yang lain untuk bangkit mengadapNya siaran televisyen menjadi pilihan bersama ibu dan kakak tersayang.Mungkin tabiat manusia zaman sekarang celik sahaja mata TV,nak pejam mata pun diakhiri TV.Walaubagaimanapun bergantung juga pada pemilihannya. Bermula 6.30 pagi hinggalah 8.00 pagi inilah rutin harian dirumah.Rancangan kegemaran bersama,kenapalah ia diwaktu ini kan?Tapi elok juga untuk mengelakkan tidur diwaktu pagi.Lagipun tidak digalakkan ummat Islam untuk tidur selepas subuh.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Bak kata pepatah sambil meyelam minum air.Sambil ikuti rancangan Tv tersebut kerja lain juga dapat dibereskan.Rancangan yang dimaksudkan adalah “Bicara mufti” dan “Tanyalah ustaz”. Tak percaya cubalah untuk anda ikuti.Biasalah rancangan seperti ini diwaktu inilah di allocate kan waktunya.Ada kebaikan dan ada keburukannya.

Saturday 27 November 2010

Tidur

Tepat-tepat azan maghrib sampai ke bilik hari ni.boleh kata sama macam semalam tapi dari tujuan yang berlainan. semalam sampai ke bilik UIA setelah seminggu bercuti kat kampung (walaupun ada lagi 2 minggu baki cuti). while hari ni dari majlis akad nikah seorang sahabat 'ain' di Bangi. Hmm dalam seminggu cuti ni dah 2 orang sahabat menamatkan zaman bujang mereka.Aku bila lagi?? gatal.But soalan tu bukan dari diri sendiri. First emak yang tanya (ntah bergurau tak serius) then my friend pula tanya..ape nak jawab?senang je tak ada jodoh lagi la 2. but dalam hati macam-macam persoalan dan jawaban yang timbul.Tapi tak dilayan sangat banyak lagi benda yang higher prioritynya nak difikirkan..

sem lepas ingat lagi,susah sangat nak tidur.dengan kata lain isomnia. sampai 2 3 jam pejamkan mata tapi tak dapat tidur. kekadang sampai tak dapat tidur.langsung ke kelas dalam keadaan muka sebam dan otak yang penat.kemudian tak dapat fokus bila lecturer mengajar.habis final sem lepas dah berjanji pada diri akan ubah keadaan tu bila balik kampung nanti.dan Alhamdulillah berjaya dan berharap ia berterusan..

ini ada sedikit informasi tentang penyakit ni yang dipetik dari beberapa artikel.dan memangnya betul apa yang diperkatakan setelah laluinya beberapa ketika..

apakah Insomnia ?

Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-IV (DSM-IV), mendefinisikan insomnia sebagai kesulitan memulai tidur, mempertahankan tidur, merasa tidak fresh pada waktu bangun pagi dan mengalami kualitas tidur yang buruk. Setelah Anda mengetahui definisi insomnia, apakah Anda sudah mulai memperhatikan diri Anda, apa Anda memang mengalami insomnia atau tidak. Untuk lebih jelasnya, Anda perlu mengetahui apa saja gejala-gejala insomnia. 

Gejala Insomnia


Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-IV (DSM-IV), menunjukkan beberapa gejala dimana seseorang dapat didiagnosis sedang menderita insomnia karena faktor psikologis, yaitu:

1. Kesulitan untuk memulai, mempertahankan tidur, dan tidak dapat memperbaiki tidur selama sekurangnya satu bulan merupakan keluahan yang paling banyak terjadi.

2. Insomnia ini menyebabkan penderita menjadi stres sehingga dapat mengganggu fungsi sosial, pekerjaan atau area fungsi penting yang lain.

3. Insomnia karena faktor psikologis ini bukan termasuk narkolepsi, gangguan tidur yang berhubungan dengan pernafasan, gangguan ritme sirkadian atau parasomnia

4. Insomnia karena faktor psikologis tidak terjadi karena gangguan mental lain seperti gangguan depresi, delirium.

5. Insomnia karena faktor psikologis tidak terjadi karena efek fisiologis yang langsung dari suatu zat seperti penyalahgunaan obat atau kondisi medis yang umum

dan satu lagi dari pengamatan diri,hal ni sebenarnya terjadi dari kebiasaan diri.Apabila biasa lewatkan tidur maka lama kelamaan ia menjadi semakin teruk dan memberi kesan buruk pada kesihatan dan hal-hal sewajar dengannya.Jadi amalkanlah amalan hidup sihat.Pesanan untuk diri dan hamba-hamba Allah yang lain...


Saturday 13 November 2010

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT :
             "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" ( Surah an-Naba':18) .

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri'.... Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut.....

BARISAN PERTAMA
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang engganmemberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDELAPAN
Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT....Amin... WaLLahu 'alam
                                                                                                                                           
                                                                                                       -dipetik dari kultum Abdurrahman,S.Ag

10 WASIAT AS-SYAHID HASAN AL-BANNA

Jom kita kongsikan bersama wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna ini dan muhasabah diri kita…

BACALAH - RENUNGILAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL

1.     Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.

     Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.


3.     Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

4.     Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.


5.     Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.

6.     Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.     Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.


8.     Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.     Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; karena asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


1  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Thursday 11 November 2010

Izinkan mencintaiMu dan cinta keranaMu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta muslihat syaitan.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

special untuk yg bercinta keranaNya...

Wednesday 3 November 2010

Hidup kita cuma..

HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI :
1.Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1.Nafas Naik
2.Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua karena mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2.Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah  ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya?Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengirimkan sepucuk surat tanpa melekatkan stem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata stemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
1.Dia mungkin didenda
2.Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Hebatnya mereka



Hmm.. Dalam waktu exam begini sempat pula aku membaca buku selainnya. Kekangan masa rehat  study lebih baik aku baca buku-buku ilmiah yang santai. Dalam menghabiskan satu subject ni , sempat pula aku habiskan sebuah buku berjudul 12 TOKOH PENGUBAH DUNIA yang ku beli ketika berkunjung ke Indonesia  awal tahun dulu.

Ketika sedang membaca,teringat pula kata-kata Pak Anis Mata tempoh hari. Yang mana beliau berkata kita adalah apa yang kita fikirkan.So fikirkanlah yang besar-besar supaya fikiran itu menjadi kenyataan.Dan katanya lagi banyakkan membaca bibliography2 orang-orang besar yang boleh menjadi idola kita dan memotivasikan kita menjadi seperti mereka.


Memang betul kata Pak Anis Matta ,setiap kali  baca buku ni,bertambah motivasi untuk ulangkaji dan mendalami ilmu-ilmu yang aku pelajari. Sayang sekali  apa yang telah aku lakukan selama ni.Memanglah study but tak semua yang melekat kat otak ni.hampir 20tahun kot belajar tapi tak satu bidang ilmu pun aku kuasai.Hmmm.. Pe nak jadi nih..


Antara tokoh yang tercatat di buku yang aku baca ni seperti Ibnu Sina,Ibnu Hayyan,Al-Kindi,Al-Biruni,Ibnu Khaldun.Setiap daripda mereka memiliki kemahiran dalam pelbagai jenis ilmu. Contohnya Al-Biruni sahaja mahir dalam ilmu farmasi,kimia,geografi,astromi dan matematik. Rupanya Al-Biruni lah founder kepada hukum graviti yang mana dikenali sebagai Newton Law sekarang.Isaac Newton menjumpai hukum ini setelah enam abad terkemudian. Manakala Al-Hayyan pula sangat bijak dalam ilmu kimia.InsyaAllah aku pun nak jadi seperti mereka ni.

Mereka adalah ilmuan-ilmuan Islam yang terdahulu yg sangat dihormti. Walaupun dalam kehidupan mereka yang terlibat dengan peperangan mereka sempat untuk menulis beratus-ratus buah buku untuk diwariskan hingga sekarang.Di mana sahaja mereka,peluang yang ada mereka gunakan seoptimumnya. Hatta didalam penjara sekalipun mereka mampu untuk menulis buku.MasyaAllah hebatnya mereka.Mereka berhijrah daripada satu negeri ke negeri yang  untuk mencari ilmu yang diinginkan. Bukansahaja   bagus dalam ilmuan bahkan kerana ilmu itu mereka diangkat darjatanya. Menjadi ulama dan menteri pada ketika dulu. Seperti yang di firmankan Allah dalam kalamnya:


"…..niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat…." -(Almujadilah:58)

Hm.. Kita sekarang sangat bertuah jika dibandingkan kehidupan mereka.tetapi satu ilmu pun tak dikuasai.Di mana ghirah pada ilmu dan cintakan ilmu itu.kemana masa kita habiskan. Setiap saat hidup mereka ada membuahkan hasil tapi setiap jam hidup kita belum tentu ada manfaatnya.

Ayuh bangkit wahai diriku..

Monday 11 October 2010

MENGAPA WANITA MUDAH MENANGIS?

EXPERIMENT 2
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti....". Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
 Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
 Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikanpengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus.Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.-   Kultum 5 menit by. Abdurrahman,S.Ag

Tuesday 28 September 2010

Lagu Untuk Ibu - Brothers


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Wednesday 22 September 2010

Memberi dengan kasih sayang

   Alhamdulillah,sampai juga akhirnya buku yang ditunggu-tunggu.Hampir sebulan juga,semuanya gara-gara cuti panjang.sepatutnya ia dah sampai ke tanganku sebelum balik raya .Cuma kelewatan pakcik posmen beberapa jam sahaja tak dapat aku habisi buku ini dirumah.Kerana itu juga dua sahabat ku juga tak dapat menikmati hasil sentuhan buku ini.Walaupun begitu,terima kasih pak cik kerana hantar buku ini ke alamat sepatutnya.Betapa besar jasamu mengembirakan ramai orang menanti pesanan dan surat mereka.

             Buku yang aku maksudkan berjudul "Di mana DIA di hatiku" karangan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
 Salah seorang penulis yang aku minati selain Amru Khalid dan Anis matta.Sentuhan mereka berlainan dengan penulis-penulis yang lain.Apa yang lainnya?nak tahu,bacalah tulisan-tulisan mereka pasti kamu juga akan meminati.telah lama sebenarnya aku cari buku sejak ustaz perkenalkan dalam blognya,tapi kerna beberapa hal sekarng baru aku dapat milikinya.Hmm… sejak bebrapa tahun ini memang aku suka kumpul buku-buku begini.Rasanya ini koleksi ke-100 ku untuk buku-buku genre agama, motivasi hati dan sirah.sebenarnya tak semua habis ku baca,mungkin bebrapa chapter je dalam satu buku dan ada juga yang berkali-kali aku khatam membacanya seperti "Hero to Zero" dan " Dari hati ke hati".Tapi ia tak rugikan,boleh digunakan untuk kemudian hari,hobi yang patut di teruskan.Tapi yg sedihnya some of my books missing.Dipinjam dan tak dipulangkan. Takpelah,mungkin mereka masih menggunakannya…

           Selepas midterm malam tadi baru berpeluang nak menyelak buku yang ku rindui ini.Sayangnya tak dapat aku nak berlama-lama dengannya kerna kewajipan lain banyak lagi yang tak ku settlekan.(terutamanya FYP).First page I read sangat terkesan,mungkin tak terkesan pada orang lain.Ia hanyalah kata2 pendek untuk intro page,bunyi nye lebih kurang: "Hidup untuk memberi,memberilah dengan kasih sayang kerana kita akan gembira dengan pemberian itu.Tapi jika kita tidak gembira dengan pemberian itu mungkin kasih sayang dalm diri telah terjejas"

         Selepas membaca petikan tu,aku imbas kembali pada pemberian-pemberian ku sebelum ini.memang benar kata ustaz,itulah yang aku rasai. Aku cuba selami semula detik-detik memberi itu. Kadang-kadang aku sangat gembira pada pemberian itu.memang saat itu aku beri kasih sayang dan cinta aku pada orang tersebut.Aku tak jemu untuk memberi padanya,kerna aku sayang padanya.Kerana ukhuwwah aku dengannya sangat erat.

          Pada waktu lain pula,kekadang ada aku tidak gembira dengan apa yang aku buat dan beri padanya.Aku tak ikhlas lakukannya,aku tak nak buat lagi (jerit dalam hati).memang tiada kasih sayang apa yang aku berikannya.Biasanya ia terjadi jika aku perlu buat apa yang aku tak suka buat.Tapi tak bermakna perkara ni aku perlu buat.

Tapi aku tertanya-tanya bagaimana kita nak wujudkan kasih sayang dalam setiap pemberian?

Tuesday 21 September 2010

Sudah lama aku hidup

20 September 2010,lebih kurang 20 hari lagi umurku akan genap 24 tahun. Iaitu 10 oktober 2010 (10/10/10).Cantik sungguh nombor itu.Mampukah aku hidup untuk sampai ke hari itu.atau mungkin pada hari itu aku akan pergi meninggalkan dunia.Semuanya sudah pasti menjadi tanda tanya bagi setiap orang.Bukan 20 hari lagi tapi esok juga belum tentu kita masih di sini.menghirup udara ini,menikmati pemandangan ini,menjamah makanan ini,memakai pakaian ini,dan sebagainya.

24 tahun.
Sudah lama aku hidup rupanya.
Kini aku sudah dewasa.telah matang untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.
Tapi mengapa masih dan sering kali aku lakukan kesilapan.

24 tahun.
Sudah lama aku hidup rupanya.
Tapi apa yang telah aku capai selama hidup ini.Sepanjang hidup pencapaian mana yang telah mengembirakan hati kedua orang tuaku?

24 tahun.
Sudah lama aku hidup.
Tapi sejauh mana aku mensyukuri nikmat yang aku nikmati.sering kali aku mengeluh kenapa aku tak dapat ini?mengapa terjadi begini?Tapi aku tak sedar nikmat yang telah aku kecapi.

24 tahun.
Sudah cukup lama aku hidup rupanya.
Hampir sesuku abad. Tapi apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup itu.apa sumbangan aku?pada adik,abang,kakak,ayah,ibu,sahabat dan paling utama pada AGAMA ini?

24 tahun.
Sudah lama aku hidup.
Aku akan terus hidup dan terus hidup selagi Allah berikan nikmat nyawa ini padaku.Dan aku berdoa nikmat Islam dan Iman tetap Allah berikan padaku selagi nikmat nafas ini disini.
Selagi aku hidup aku akan teruskan perjuangan ini,mengejar IMPIAN yang belum tercapai,mengembirakan orang yang tersayang ,berbakti pada agama ini dan sudah pastinya dalam REDHAMU ya Allah.

Sunday 5 September 2010

Penapisan Mu

Subhanallah,
Tanpa ku sedar sungguh ,sangat la aku leka akan rahmat Mu yang satu ini yg Allah
Penapisan yg telah Engkau telah lakukan ke atas diriku..
Kini,aku berada di jalan ini
Jalan tarbiyah yg amat murni ini ya Allah
Jalan yg mungkin dan yang pastinya tidak semua orang merasainya
Walau pernah aku lemah dan dan kecewa atas jalan ini
Tapi Engkau tetap letakkan aku disini
Sememangnya Engkau telah memilih aku..
Walau aku lari tapi Engkau tetap memilih aku...
Cuma aku….

Suatu ketika dulu…
Di usia 6 tahun,tabika agama
Mengenal huruf ABC,huruf jawi
Angka-angka rumi serta Arab yang agak asing
Tiada siapa dalam keluarga dapat membantu
Only cikgu,but I learn it fast
But I'm lazy
Only few month then never go to that school
But,walau beberapa bulan
Aku sudah fasih membaca rumi,jawi serta mengira

Sekolah rendah,6 tahun disana
Macam macam pengalaman
I'm not a clever girl
But I like matematics so much
And good performance in subject agama
Like sport and martial art
Lumba lari memang favorite
Hmm.. Best nyer teringat memori lama

Then,sekolah menengah
Aku sorang je kot masuk maahad
Taklah ,da lagi tiga empat orang member
But at the end only me yg tinggal
Walaupun mereka takde
I got new frenz
The best frenz in da world
She is ……..
Of course unti now she is my best frenz
Forever and ever huhu
Don't jeolous

After SPM,hmm aku antara yg terawal dapat tawaran
Enam bulan tercampak di kedah
But it not my jodoh kot
I turn to MCIIUM /CENFOS
MCIIUM kenangan tarbiyah bermula
But only at the end of MCIIUM
Formally I started during 1 st year at UIAM
Oh a lot of thing was happened
For me, to reach here…


To be continue….

Saturday 4 September 2010

Rahmat ujian

Kenapa aku di uji?
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.[al-Ankabut: 2-3]

Kenapa aku tak dapat apa yg aku inginkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”[Surah Al-Baqarah : 216]

Bagaimana aku nak menghadapi ujian2 itu?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”[Surah Al-Imran ayat 200]

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”[Surah Al-Baqarah ayat 45]

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. [QS Al Baqarah 155-157]

Kenapa berat ujian Mu?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah Al-Baqarah ayat 286]

Kenapa mesti aku redha dengan ujian itu?
Barangsiapa yang tidak rida dengan qada’ dan qadarku dan tidak bersabar atas cobaanku maka keluarlah dari langitku dan carilah tuhan selainku”
-Hadith Qudsi-

"sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah." [Riwayat al-Tirmidzi]

Kenapa perlu aku bersabar?
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”[Az-Zumar:10]

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.[Al-Imaran: 142]

Kepada siapa aku nak memohon dan berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”[Surah At-Taubah ayat 129]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Bagaimana aku perlu berharap?
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Aku letih ya Allah
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” [Surah Yusuf ayat 87]

Di dalam hidup, rintangan, ujian dan halangan adalah lumrah.Tidak kisah apa usaha kita, jangan sesekali putus asa. Walau apa pun yang mendatang kepada kita, hadapi ia dengan cekal dan tabah.Lama kelamaan, hati kita akan teguh dan kuat di dalam mengharungi hidup ini.