Monday 3 October 2011

Stairway to Heaven

 Sekilas teringat " stairway to heaven" ,pastinya jika anda peminat movie atau drama tahu akan drama tersebut kan. Kisah cinta yg menyayat hati yg mungkin amat terkenal  hampir sepuluh tahun lepas.Kira-kira waktu itu saya masih belajar di sekolah menengah .Cinta antara makhluk yg keterlaluan sehinggakan pelbagai helah digunakan untuk memiliki orang yang dicintai. Juga menggambarkan bagaimana hati yang teramat cinta sanggup mengorbankan dirinya untuk memberi kebahagiaan kepada yang dicintainya. Bagaimana ia menggambarkan suci dan besarnya pengorbanannya sehinggakan mengambil tindakan bunuh diri  untuk membolehkan dia memberi" bahagia" kepada yang dicintai.

Dengan kata lain tindakannya adalah "stairway to heaven" kerana berkorban untuk kebahagiaan orang lain.  Jika yang menontonnya tidak menghalusi sebaiknya,dan kurang pengetahuan agama pasti terpengaruh dan mungkin mengatakan wah,hebatnya sehinggakan begitu sekali cinta dia pada wanita tersebut.Aku juga ingin dicintai begitu.Mungkin juga sempat terlintas dalam hati,moga dia diberi bahagia di akhirat. Awas! Itu cerita semata-mata ye.. Dan tindakannya adalah amat-amatlah salah dari sisi Islam. Bukan kata stairway or heaven but bau heaven pun tidak akan dirasainya.Dengan kata lain "Stairway to Hell".
Tetapi jika diselak kembali,mungkin kita mengatakan ia cerita semata-mata.tiada ada kaitan yang dengan yang hidup ataupun mati.Eh macam copy paste pula ayatnya. Tapi ingat ,pasti nya ada kaitan dengan realiti kehidupan. Mungkin tidak seratus peratus ,walhal sebahagiannya ada…

Berbalik kepada "stairway to heaven" yang ingin saya kupaskan disini bukannya mengenai drama tersebut.Cuma mungkin jalan cerita drama tersebut boleh jadikan sempadan…Untuk kita melihat bagaimana perbezaan Islam dengan yang lain.

Sahabat, biarlah orang kafir dan orang musyrik asyik berkhayal dan melamun tentang syurga. Karena sejatinya mereka tidak  ada peta yang benar untuk menuju syurga. Cuma Islam yang dibekalkan dengan peta yang benar. Mengapa demikian?Kerana Allah telah menjanjikan bahawa,:

 “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam” (QS ali Imran [3]: 19) .


Ini berarti, sudah tertutup kemungkinan buat yang lain (kaum kafir dan kalangan musyrik) untuk boleh menuju syurga. Kalau kata Sheila on 7  , “berhenti berharap” ! Hmm.. kasihan banget bagi mereka.Kita bukan memperli atau menghina, kerana memang faktanya sedemikian. Kita tidak boleh berbohong. Jujur sahaja, bahawa hanya Islam yang diberi peta jalan menuju syurga lengkap dengan berbagai cara untuk mendapatkannya.Bagaimana caranya?

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Jika kamu menghendaki dunia, maka dengan ilmu dan jika kamu menghendaki akhirat, juga dengan ilmu.Dan jika kamu inginkan keduanya maka dengan ilmu"


Jadi, memang mudah untuk bisa mendapatkan syurga itu,hanya dengan ilmu.Kerana dengan ilmu kita boleh memahami bagaimana melalui jalan yang Allah sediakan.Dengan ilmu kita boleh mengkaji kitab Allah dan sunnah rasulullah serta mengamalkanya dalam kehidupan seharian.

Sahabat,kita tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur yang masuk syurga gara-gara memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Kita juga pernah mendengar kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang akhirnya masuk syurga kerana taubat. Ada juga jalan lain menuju syurga. Bilal masuk syurga kerana kesinambungannya dalam mengerjakan solat sunat setiap kali selesai wudhu'.Ada juga yang amalan hariannya biasa-biasa saja, bahkan sampai ada seorang sahabat yang ingin tahu rahsianya sehingga dia disebut Rasulullah SAW dengan sebutan ahli surga (padahal masih hidup) sampai menginap selama tiga hari di rumahnya agar mengetahui rahsianya hinggakan hampir putus asa. Dia tidak menemukan amalan unggulan sang ahli syurga itu, sehingga sang ahli syurga mengatakan bahwa dia setiap sebelum tidur dia memaafkan saudara-saudaranya dan tidak mendengki kepada orang lain.

Begitu banyak jalan menuju surga. Akan tetapi, manusia tidak akan boleh menempuh semua jalan itu. Yang diperlukan cukup satu jalan saja, entah jalan yang mana. Jika kita kuat berpuasa, maka di situ ada jalan menuju syurga. Jika kita kuat bangun malam, di situ ada jalan menuju surga. Jika kita punya banyak harta, di situ ada jalan masuk surga. Jika kita mempunyai ilmu, di situ ada jalan menuju syurga. Jika kita mempunyai orang tua, di situ ada jalan menuju syurga. Dan masih banyak lagi jalan menuju syurga yang lain.

Kita perlu mengenali potensi kita di mana. Jika kita mampu untuk berlapar dan menahan diri mungkin jalan kita ke syurga melalui puasa. Jika kita kuat bangun malam-malam, maka bangun malam boleh jadi sarana menuju syurga. Begitu juga, jika kita miskin , maka jangan menempuh jalan menuju syurga dengan sarana harta kita.

Allah Swt,. berfirman:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.” (QS al-Baqarah [2]: 25)


Jadi bergembiralah wahai orang-orang yang beriman dan beramal soleh .Kerana jaminannya syurga.Sungguh ladang beramal itu sangat luas.Sebagai pelajar,belajar itu salah satu ladang beramal kita. Lebih-lebih lagi belajar agama.Meski belajar itu mudah, tapi anehnya hanya sedikit yang mampu mendatanginya.


Perlu juga diingat bahawa seseorang masuk syurga itu bukan karena amalnya, akan tetapi kerana rahmat Allah SWT.

“Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada (agama)Nya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya (surga) dan limpahan karuniaNya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepadaNya.” (QS an-Nisaa' [4]: 175)