Tuesday 1 November 2011

EkSTREm

Ekstrem… bila terlintas atau terbaca atau terdengar pasti yang terlintas pada kotak fikiran kita adalah  demonstrasi,tunjuk perasaan dan bermacam-macam lagi yang pastinya negatif. Dan pastinya akan dikaitkan dengan orang Islam yang ekstrem,yang mengamalkan Islam berlebih-lebihan.Hinggakan hal ni salah, hal tu salah. Apa yang orang lain buat semua salah jika tak mengikut syariat yang ditetapkan. Dan masyarakat Islam yang lain bertanggapan negatif terhadap golongan ini. Mungkin juga dilabel pengganas atau paling tidak pun bakal pengganas yang akan mengancam keamanan negara. Dan ini menyebabkan masyarakat sekitar takut dan tidak mahu mendekati mereka dan menerima dakwah mereka.Takut-takut nanti mereka terjebak sama.

Tapi mengapa pula orang yang melampau mengejar dunia tidak dilabelkan sedemikian? Padahal mereka juga melampau.mereka juga adalah ektrem dalam kehidupan mereka sehinggakan mengejar dunia dan meninggalkan akhirat,melupakan Allah. Allah tidak berada dalam hati mereka kerana kebahagiaan dunia,harta dunia yang diimpikan mereka.Allah hanya diletakkan di tangan,bila hanya waktu perlu sahaja diingati dan waktu lainnya mereka bertuhankan dunia.Apa bezanya ekstrem  begini dengan ektrem yang mementingkan akhirat hingga lupakan dunia. Bukankah mereka seakan sama?Berlakunya ketidak seimbangan/tawazun dalam melaksanakan syariat dalam kehidupan mereka.

Kedua-duanya tidak mengamalkan konsep wasatiah yang di ajar Islam.Wasatiah atau bersederhana ini adalah jalan hidup terbaik yang diajar islam. Tidak keterlaluan dalam menikmati dunia dan tidak keterlaluan menghadapi akhirat hinggakan abaikan dunia.

Lagi,dunia sekarang menggambarkan  muslim ekstrem mendatangkan banyak malapetaka. Disogokkan dengan pengeboman disana sini,demonstrasi berleluasa hinggakan tergugat kerajaan yang memerintah.
Tidaklah mengatakan mengiyakan memang ia dilakukan sepertimana yang dilobi-lobikan tetapi hanya  cuba menyatakan bahawa masyarakat dunia memandang muslim ektrem ini banyak membawa keburukan.Mengapa? Kerana kejadian-kejadian berlaku sangat jelas menunjukan  kerosakan yang berlaku.

Tetapi tidakkan kita terfikir atau terlintas jenis ektremis terhadap dunia lebih banyak mendatangkan kerosakan pada dunia sekarang.Kerana adanya sikap pentingkan diri dalam jiwa mereka,berlumba-lumba mengecapi impian dengan mengabaikan fitrah semula jadi kejadian manusia,membelakangi hukum alam dan hukum tuhan. Namun begitu,tidak ramai yang sedar akan hal ini dan tak ramai pula yang nafikannya.kenapa? Mungkin kita telah lunak dengan hal-hal atau masalah yang di bawa golongan ini. Yang pada suatu masa dahulu apabila perkara tersebut terjadi amatlah masyarakat rasa jangal,jijik,kejam,dan bermacam lagi perasaan.

Contoh nya zina.mungkin suatu masa dulu apabila terdengarnya hal ini macam-macamlah lahir dalam hati kita. Tapi sekarang,ia telah menjadi perkara biasa dalam masyarakat.Bahkan sebaliknya pula terjadi.
Tidakkah ini mendatangkan kerosakan teruk pada masyarakat. Kerosakan akhlak dan peradaban manusia.Tidakkah mereka ini adalah ektremes yang mendatangkan bahaya yang perlu diperangi supaya fenomena ini tidak menular kepada anak cucu kita. Ekstremes pada dunia,menikmati dunia berlebih-lebihan hinggakan merosakkan nasab/keturunan.


To be continue...