Wednesday 28 September 2011

Agar Tsabat menuju Nya

Aku lahir ke dunia dgn izinMU,lahirku saat rasul & sahabatnya telah tiada,para tabi' dan tabiin juga tlh meninggalkan ku.

Zaman ku adalah zaman pemerintah islam tidak lagi berkuasa.Aku terbit di tengah masayarakat isalam.Namun islam tiada lagi dalm hati dan hidup mereka.Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yg mahu melihat islam bersinar semula.

Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka.Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yg telah lumpuh ini. Generasi seusiaku yg sedang sakit.Lali dgn hiburan dan asyik memuaskan nafsu.Sibuk dgn cinta yg penuh noda.

Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna. Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah  wajib dan tidak memerlukan insan yg sempurna. Kerana tiada manusia yg terlepas dari dosa. Dan tugas ku adalah berusaha.Gagal jatuh,dicela tak diterima itu perkara biasa.

Aku terus berdoa agar aku terus ditetapkan hati.Bukan nilai harta yg kucari. Bukan juga kerana nama yg ingin dikenal sebagai insan yg baik dan mulia.Cukuplah REDHAMU sebagai harga. Bantulah hambaMu ini ya Allah.Sedarkanlah semula generasiku.Bangunkanlah semula  ummat ini.Aku yakin Islam parti akan kembali dan aku tidak akan berhenti.

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."  (Surah Yusuf:108)