Tuesday 29 September 2009

SOFTWARE CINTA KASIH

Insya Allah kali ini ana ada sedikit perkongsian untuk sahabat2,satu software yang sangat bernilai yang tak boleh dibeli dimana-mana kedai computer,kenapa?kerana tidak ada dijual dimana mana kedai computer.dan inilah satu-satunya software yang copyrightnya memang pure hakmilik Islam.tapi cara nak menginstalnya agak susah ,ini telah terbukti kerana telah ramai cuba menginstalnya tapi tidak Berjaya.tetapi ramai juga yang Berjaya. Ingin Berjaya seperti mereka jom ikuti steps yang telah diberikan oleh customer service ini kepada pelanggannya:


Linx-Lunx : Ya, ada yang boleh saya bantu?

Pelanggan : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal cinta kasih. Bolehkah encik memandu  saya menyelesaikan prosesnya?

Linx-Linux : Ya, insyaAllah saya dapat membantu awak. Awak sedia melakukannya?

Pelanggan : Baik, saya tidak mengerti secara tekniknya, tetapi saya bersedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan terlebih dahulu?

Linx-Linux : Langkah pertama adalah membuka HATI awak. Tahukan awak di mana HATI awak?

Pelanggan : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap boleh menginstalnya sementara program-program tersebut aktif?

Linx-Linux : Program apa saja yang sedang aktif?

Pelanggan :Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.

Linx-Linux : Tidak mengapa. CINTA-KASIH akan menghapuskan SAKITHATI.EXE dari sistem operasi awak . Program tersebut akan tetap ada dalam memori awak, tetapi tidak lama kerana akan tertimpa program lain. CINTA-KASIH akan menimpa MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi awak harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah awak mematikannya?

Pelanggan : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah encik memandu saya?

Linx-Linux :Dengan senang hati. Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

Pelanggan : OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstal secara otomatik apakah ini wajar berlaku?


Linx-Linux : Ya, awak akan menerima pesanan bahwa CINTA-KASIH akan terus diinstal kembali dalam HATI awak. Apakah awak melihat message tersebut?

Pelanggan : Ya. Apakah sudah selesai terinstal?

Linx-Linux : Ya, tapi ingat bahawa awak  hanya punya program dasarnya saja. awak perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar dapat meng-upgrade-nya.

Pelanggan : Oops. Saya mendapat message error. Apa yang harus saya lakukan?

Linx-Linux : Apa messagenya?

Pelanggan : ERROR 412 - 'PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT'. ertinya?

Linx-Linux : Jangan kuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal awak. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti awak harus men 'CINTA-KASIH'-di mesin awak sendiri sebelum
men'CINTA-KASIH'-di orang lain.


Pelanggan : Lalu apa yang harus saya lakukan?

Linx-Linux : Dapatkah awak klik pulldown direktori yang disebut 'PASRAH'?


Pelanggan : Ya, sudah.

Linx-Linux : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori 'MYHEART' MEMAAFKAN- DIRISENDIRI. DOC,  dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menimpa file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Awak juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

Pelanggan : Sudah. Hehe! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopi ke HATI. Apakah ini wajar?

Linx-Linux : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTAKASIH telah terinstal dan aktif. Awak harus bisa menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.


Pelanggan: Apa?

Linx-Linux : CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang awak temui. Mereka akan share kepada orangl ain dan seterusnya sampai awak akan menerimanya kembali.

Pelanggan: Pasti. Terima kasih atas bantuannya.

People make mistakes, but the mistakes that people make also make the people.

Angpau Raya untuk muslimah yang cantik

 
1) Agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari aitu dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan , biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, salat, berdikir,dan berdoa.

2) Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah 'bersenam'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dll, cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakan seluruh tubuh.

3) Untuk hilangkaqn semua keluh kesah kita adalah dengan zikir dan doa.

4) Manakala untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga.Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam pembedahan plastik.Tidak lupa membisikan 'kata kunci' "Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii" "Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku" (HR Ahmad).

5) Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak memakai pakaian sombong diri atau takabur.

6) Agar tubuh langsing lakukan diet yang teratur aitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS.Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air kosong.

7) Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Selamat beramal……...

Tuesday 1 September 2009

iNdAhnYA kEMaAfaN

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kuasa dan indahnya kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.

Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.

Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat ,yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”

Jom kita lihat bagaimana pula kaitan “marah” dengan kemaafan.Sungguhya,ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri kita sendiri.
Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.

Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). {Surah al-Syuara’: ayat 43}

Antara marah, dendam dan maaf maka seafdalnya kemaafan itu menjadi pilihan utama. Namun, berdayakah seorang insan biasa yang punya hati dan perasaan untuk melupuskan perasaan tersebut seraya memberikan kemaafan kepada orang yang terbabit?

Perasaan amarah yang dipendam dan ditahan di dalam hati sudah pasti bukanlah suatu perkara yang menyenangkan. Dan, dendam bukanlah jalan terakhir untuk penyelesaian amarah tersebut. Islam mengharuskan kita mengambil tindakan yang adil terhadap mereka yang menyebabkan kita marah yakni (di atas kebenaran) yakni yang disebut ‘al-adl‘ namun Islam lebih menggalakkan tindakan yang lebih afdal, iaitu memberikan kemaafan. Justeru, inilah disebut ‘al-ihsan‘ iaitu berbuat baik atau bersikap baik. Bahkan, Islam juga menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana kemaafan itu boleh menghilangkan rasa amarah dan dendam di dalam diri.

Akhirnya ,cuba tanya pada diri kita .Pernah tak kita rasa begitu sukar nak memberi kemaafan? Yang paling menyedihkan apabila kemaafan itu sekadar lahir di bibir sahaja. Hakikatnya, jauh di sudut hati, masih tersimpan seribu satu rasa yang mencengkam jiwa.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apa kata mulai hari ini, apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:

Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)
Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.

Jadi ,Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini?

Manusia tidak dapat lari dari membuat kesalahan di muka bumi ini , tetapi Insan yang memberi maaf itu lebih Tinggi darjatnya di sisi Allah Taala

Oleh itu, sebagai hamba Allah yang telah terlanjur melepaskan amarahnya dan kesilapan kepada kamu, saya ingin sejuta kemaafan. Entah esok atau lusa, mata saya terpejam tanpa memohon maaf kepada kamu yang tersinggung nescaya saya termasuk antara hamba-Nya yang rugi. Wassalam.


-from blog Ust Pahrol-