Friday 26 June 2009

Kerana seekor lalat, syurga jadi destinasi





Agak lama saya tidak postkan entri kesini semenjak merasmikan blog ini.sebenarnya diri ini disibukkan dengan final exam yang selesai dua hari yang lepas. Alhamdulillah,selepas berhempas pulas study untuk sem ini akhirnya berjaya juga tamatkanya.semoga apa yang akan dperoleh nanti sejajar dengan usaha yang diletakkan,insyaAllah dengan berkat doa ibu,ayah serta saudara-saudara seakidahku.

insyaAllah kali ini ingin saya kongsikan sebuah cerita teladan ,mungkin biasa-biasa sahaja tapi amat menarik dan tertarik. insyaAllah moga dapat ibrah daripadanya.masyaAllah begitu senang sekali untuk kita ke syurga dan begitu senang juga untuk ke neraka,nauzubillah .Maha Suci Allah.

Imam Thariq bin Syihab pernah berkata kepada penuntut-penuntut pengajiannya sewaktu dalam sebuah majlis,"Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat,dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat".

Kenyatannya itu amat mengejutkan kaum muslimin yang hadir pada majlis itu setelah mendengar kata-kata tersebut dan masing- masing melonjak rasa ingin tahu akan kisah yang diberitakan.

"Bagaimana perkara itu boleh terjadi?"tanya mereka serentak.

Kemudian,Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah kisah berikut…..

"Pada suatu masa,ada dua orang pemuda yang mengembara keseluruh pelusuk negerinya.Suatu hari , mereka telah memasuki sebuah daerah yang mana penduduknya menyembah berhala.kaum yang mendiami daerah itu mempunyai berhala yang disembah dan dimuliakan.pada adat mereka , barangsiapa yang memasuki daerah mereka harus memberikan korban sebagai sesembahan mereka untuk berhala itu.jika tidak patuh,maka mereka tidak akan dibiarkan keluar dari daerah tersebut dalam keadaan selamat.

Maka untuk situasi itu mereka mengalami hal yang sama.mereka harus memberikan sesembahan kepada berhala.

Lelaki pertama yang sangat takutkan mati,yang tidak memiliki apa-apa akhirnya menangkap seekor lalat untuk disembahkan sebagai korbannya kepada berhala.

Sedangkan lelaki kedua,tetap teguh memegang akidahnya.Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu walau seekor lalat.Dia tetap memilih untuk taat pada ajaran agamanya yang mana korban hanyalah dilakukan pada Eidul Adha sahaja yang mana sesuai dengan syariatnya Yang ikhlas dilakukan kerana Allah Taala.Padanya memberikan sesembahan kepada berhala meskipun seekor lalat adalah perbuatan menyekutukan Allah.Itu adalah dosa besar.Akhirnya dia dibunuh.Dia mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Manakala lelaki yang pertama tadi,akhirnya memeruskan perjalanan pengembaraannya,namun baru sahaja berjalan beberapa langkah ,ditengah padang pasir dia telah dipatuk ular yang akhirnya membawa kepada kematianya.Namun dia mati dalam keadan musyrik,menyekutukan Allah .Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah kerana sesembahnya seekor lalat."

0 comments:

Post a Comment