Monday 17 May 2010

Aku Rindu........

" maafkan abang,abang tak dapat nak hantar kamu ke stesen kali ni, nanti tak dapat  nak solat jemaah di surau, maaf ye.abang minta maaf bebanyak  Nurul.Belajar baik-baik".
 itulah antara kata-kata terakhir dia untuk aku sebelum aku berangkat ke UIA pada malam itu.Aku masih ingat memori dan kata-kata itu dan ia tidak akan sesekali hilang daipada hati ini.

Sememangnya sebelum ini dialah yang akan menghantar aku ke stesen bas jika abangku yang kedua dan abah tak dapat memenuhi tuntutan itu.Entah mengapa pada malam itu,hanyalah beralasan tidak dapat solat berjamah dia tidak menghantarku. Padahal aku kira alasan yang tak munasabah kerana masih banyak waktu untuk solat. Tapi Allah yang Maha  Mengatur segalanya.Ajal dan maut itu ditanganNya. Dan maut adalah yang terdekat dengan kita.

Setentunya akan ada bekalan daripadanya untuk aku apabila dia yang menghantarku jika tidak wang cukup dengan pesanan.Namun, sungguhnya ku tidak mengesaki apa-apa pada kelainan sikapnya pada malam itu. Sambil mengucapkan kata-kata itu bercucuran air matanya.Air mata seorang abang yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Saat perjalanan pada malam itu sungguh aku juga menangis sendirian tanpa aku tahu kenapa senang saja air mata itu membasahi pipiku.Aku tak mengerti. Diluar jangkaan aku bahawa perpisahan itu adalah perpisahan seorang abang dan adik untuk selamanya.tapi itulah hakikat kehidupan ini.sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. " - (Al-ankabut :57)


Biarpun banyak buruknya dia ,namun aku hanya mahu  mengingat apa yang baik sahaja pada dirinya. Dialah antara abang yang pernah terbaik yang pernah aku miliki. Dia tak pernah lupakan kami walau kemana dia pergi.Ada sahaja hadiah atau buah tangan yang akan kami tunggu. Walau ianya tidaklah tinggi nilainya sekadar kemempuannya namun ia melambangkan ingatan dan kasihnya pada kami . Dia  sememangnya tidaklah sangat bertanggungjawab tapi sebagai seorang abang  dia tidak suka adiknya berlaku buruk dan dia selalu berpesan supaya aku jadi yang terbaik tidak seperti dirinya. Sebenarnya aku tidaklah rapat dengannya,mungkin kerana kedua-dua antara kami adalah pendiam dan lebih memendam perasaan menjadikan aku senang menerima kata-kata daripadanya. Malahan wajah kami juga yang paling iras. Itu kata-kata ibu ku kerana dia akan teringat akan abangku jika  melihat aku.

Selepas 2 hari aku sampai ke UIA, pada waktu subuh yang hening itu aku menerima panggilan daripada adikku di kampung akan berita yang mengejutkan itu. Sangat menegejutkan aku. Ketika itu barulah aku sedar  dan perasan akan kata-katanya pada malam itu. Ya Allah sungguh Engkau telah menguji hambaMu ini. Sungguhnya hari-hari yang kan datang aku akan menghadapi ujian di Matrikulasi UIAM.Tetapi ujian kematian ini lebih dan sangat dasyat lagi. Pulanglah aku pada pagi itu untuk pertemuan kali terakhir dengan jasadnya yang telah kaku menunggu pertemuannya dengan Ilahi.
 Tenang dan bersih diwajahnya. Ya Allah Engkau rahmatilah arwah abangku itu. Kau ampunilah dosa-dosa selama hidupnya dan kau sampaikanlah amalan-amalan ku yang baik kepadanya. Sungguhnya dia belum punya zuriat untuk membekalkan nya dengan amal soleh. Engkau rahmatilah dia dengan amal-amal yang telah dilakukannya selama dia hidup.

Memori Januari 2006
Abang aku sangat rindu akan dirimu…..
Moga engkau bahagia disana..

0 comments:

Post a Comment