Tuesday 31 August 2010

istiqamahlah hati

Alhamdulillah,aku bersyukur sangat kpdNya kerana Dia telah meletakkan aku di sini,di bumi UIA ini. Terutamanya pada ketika ini aku masih di limpahkan rahmatNya untuk terus menghirup nikmat udaranya ini.Masih bernafas,mampu menikmati Ramadhan 143iH di sini. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir ketika mana aku masaih belajar disini.Selama aku hidup,pengalaman hidup di bumi inilah yg mengajar aku bagaimana patutnya Ramadhan itu di sambut.

Tahun ini adalah tahun terakhir aku disini,semester yang paling sibuk yang pernah aku lalui semenjak bergelar maahasiswa.dengan bergelar pelajar tahun akhir kursus kejuruteraan semestinnya agak membanggakan kerana tidak lama lagi aku bergelar siswazah. Namun semestinya banyak cabaran yg perlu ditempuhi.seperti mana pelajar lain sudah semestinya disibukkan dengan Final Year Project,begitu juga aku yg tak mungkin dapat lari drpd itu semua.

Tapi aku tidak mahu kerana urusan dunia ini ,ramadhan kali ini aku biarkan berlalu begitu sahaja….

Alhamdulillah,SHAS mosque tahun ini sepertinya mengerti kehendak pelajar.Tahun ini aku memulakan langkah untuk iktikaf di masjid sejak awal Ramadhan.Mungkin tahun tahun terdahulu sepuluh malam terakhir adalaha target tapi kali ini aku memulakannnya lebih awal seawal satu Ramadhan.Walau disisbukkan dengan study,aku tekad untuk habiskan masaku disini.

Aku tahu sejak akhir2 ini hati aku tidak sejernih dan sesuci dulu(suci ke hati aku dulu?hmm). So di sini aku bertapak untuk basuh hati aku,cari kedamaian dan ketenangan yang mungkin makin hilang dari hati ini.Moga Allah berikan apa yang hambanNya dambakan ini.

Kini sudah 20 hari Ramadhan berlalu.menagapa begitu cepat masa ini berlalu ya Allah. Sekejap sahaja,Ramadhan akan berlalu.kalau waktu kanak-kanak dahulu hati ini sangat gembira bila syawal menghampiri tapi kini sebaliknya.Rasanya seperti ingin minta kepadaNya jangan hadirkan Syawal itu.Aku masih blum puas dengan Ramadahan ini.

Malam ni adalah Malam ke-21,malam ganjil dan bermulanya malam yang ditunggu oleh segenap ummat Islam.Malam yng mungkin Lailatul Qadr ada padannya.Aku juga sangat berharap untuk sujud dan bertahajjud kepadaNya seperti malam-malam sebelumya. Sudah tentu malam ini sangta ramai hamba2 Allah di SHAS mosque.Alangkah indahnya malam2 yang akan datang ini. Bersama hamba-hamba yang merindukanMu bersujud kepada MU.

Tapi,Allah Maha Mengetahui segalanya.Segala ketentuanNya ada hikmah disebaliknya.Aku turut  qiam pada pagi yang redup itu. Tapi aku tak mampu untuk bersujud dan bertahajjud kepadaNya seperti malam2 sebelumya.Hanya doa,dan tangis aku mengiringi sahabat2 yang khusyuk sujud kepadaNya.
Bacaan imam yg menggetarkan,yang teresak mengalunkan ayat-ayat suciNya menambahkan sayu di hati ini.Ya Allah Kau terimalah doa,istighfar,tasbih,tahmid serta tangis ku ini Ya Allah..

0 comments:

Post a Comment