Wednesday 4 August 2010

masa & minat

Sekarang minggu ke -4 sesi pembelajaran untuk sem ni. Sekejap sahaja masa itu datang dan pergi.Sedar sudah hampir sebulan di sini. Bergelar tahun ke -4 enginering student sudah cukup membahagiakan kerana masa untuk habiskan degree ini makin hampir.Namun dalm hidup ni proses pembelajaran itu akan terus menerus tanpa ada due date. Mungkin secara academicnya selepas degree akan disambung ke ijazah sarjan dan seterusnya insyaAllah. Tapi ilmu Allah itu masih banyak perlu di gali dan tak mungkin akan habis . Sungguhnya ilmu pada manusia ini hanyalah seperti setitik air di lautan. Subhanallah betapa tingginya darjatMu ya Allah betapa tingginya ilmu Mu.

Minggu ini mungkin boleh dikatakan minggu yang paling memenatkan kerana setiap hari di hidangkan dengan quiz,test,submit assigment dan report.Tidak di lihat lagi pada task2 lain yg di berikan lecturer.
Hampir setiap malam perlu untuk berjaga/stay up serta ada malam2ku yang tidak sempat bertaaruf dengan tidur. Namun alhamdulillah,kesan tarbiyah yg diterima tidak menyebabkan kesibukan ini aku melupakanNya. Masih mampu untuk aku allocatekan time untuk DIA.

Aku pernah tertanya-tanya kenapa boleh kita tiada masa untuk Allah jika disibukkan dengan hal-hal dunia.bagaimana kita boleh katakan tak sempat nak baca Al-quran,banyak sangat kerja.kenapa kita dahulukan hal dunia. Sepatutnya masa untuk hal dunia adalah di allocatekan selepas masa untuk bersamaNya. Contohnya apabila kita draftkan jadual harian kita,kenapa kita allocatekan masa hal dunia dahulu sebelum kita letakkan masa untuk Allah sehinggakan tiada ruang untuk di tandakan session bersama Allah. Astagfirullahulazim,lekanya hambaMu ini….

Teringat kata seorang kenalan " sebabnya kita tiada rasa minat untuk berbuat demikian,kita tidak rasa minat untuk baca Al-quran contohnya.bagaimana kita mampu lakukannya selalu."

"Minat",betul katanya kerana minat itu kita tak berbuat.Jika kita minat kita akan sentiasa lakukannya. Mungkin minat untuk perkara lain tak mampu untuk kita tanamkan dlam diri.so kita tak perlu untuk tanamkan minat ini. Tapi minat untuk taqarrub pd Allah ini perlu dan mesti kita paksa diri kita.InsyaAllah Allah akan permudahkan segala sesuatu yang baik untuk hambaNya.


0 comments:

Post a Comment