Wednesday, 22 September 2010

Memberi dengan kasih sayang

   Alhamdulillah,sampai juga akhirnya buku yang ditunggu-tunggu.Hampir sebulan juga,semuanya gara-gara cuti panjang.sepatutnya ia dah sampai ke tanganku sebelum balik raya .Cuma kelewatan pakcik posmen beberapa jam sahaja tak dapat aku habisi buku ini dirumah.Kerana itu juga dua sahabat ku juga tak dapat menikmati hasil sentuhan buku ini.Walaupun begitu,terima kasih pak cik kerana hantar buku ini ke alamat sepatutnya.Betapa besar jasamu mengembirakan ramai orang menanti pesanan dan surat mereka.

             Buku yang aku maksudkan berjudul "Di mana DIA di hatiku" karangan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
 Salah seorang penulis yang aku minati selain Amru Khalid dan Anis matta.Sentuhan mereka berlainan dengan penulis-penulis yang lain.Apa yang lainnya?nak tahu,bacalah tulisan-tulisan mereka pasti kamu juga akan meminati.telah lama sebenarnya aku cari buku sejak ustaz perkenalkan dalam blognya,tapi kerna beberapa hal sekarng baru aku dapat milikinya.Hmm… sejak bebrapa tahun ini memang aku suka kumpul buku-buku begini.Rasanya ini koleksi ke-100 ku untuk buku-buku genre agama, motivasi hati dan sirah.sebenarnya tak semua habis ku baca,mungkin bebrapa chapter je dalam satu buku dan ada juga yang berkali-kali aku khatam membacanya seperti "Hero to Zero" dan " Dari hati ke hati".Tapi ia tak rugikan,boleh digunakan untuk kemudian hari,hobi yang patut di teruskan.Tapi yg sedihnya some of my books missing.Dipinjam dan tak dipulangkan. Takpelah,mungkin mereka masih menggunakannya…

           Selepas midterm malam tadi baru berpeluang nak menyelak buku yang ku rindui ini.Sayangnya tak dapat aku nak berlama-lama dengannya kerna kewajipan lain banyak lagi yang tak ku settlekan.(terutamanya FYP).First page I read sangat terkesan,mungkin tak terkesan pada orang lain.Ia hanyalah kata2 pendek untuk intro page,bunyi nye lebih kurang: "Hidup untuk memberi,memberilah dengan kasih sayang kerana kita akan gembira dengan pemberian itu.Tapi jika kita tidak gembira dengan pemberian itu mungkin kasih sayang dalm diri telah terjejas"

         Selepas membaca petikan tu,aku imbas kembali pada pemberian-pemberian ku sebelum ini.memang benar kata ustaz,itulah yang aku rasai. Aku cuba selami semula detik-detik memberi itu. Kadang-kadang aku sangat gembira pada pemberian itu.memang saat itu aku beri kasih sayang dan cinta aku pada orang tersebut.Aku tak jemu untuk memberi padanya,kerna aku sayang padanya.Kerana ukhuwwah aku dengannya sangat erat.

          Pada waktu lain pula,kekadang ada aku tidak gembira dengan apa yang aku buat dan beri padanya.Aku tak ikhlas lakukannya,aku tak nak buat lagi (jerit dalam hati).memang tiada kasih sayang apa yang aku berikannya.Biasanya ia terjadi jika aku perlu buat apa yang aku tak suka buat.Tapi tak bermakna perkara ni aku perlu buat.

Tapi aku tertanya-tanya bagaimana kita nak wujudkan kasih sayang dalam setiap pemberian?

1 comments:

John Adam said...

- Descargar Camila Nanga Ti Feo tonos: https://tonosgratis.mobi/camila-nanga-ti-feo-6632.html para celular gratis para tu teléfono Android, iOS, tonos de llamada gratis
- download Tell Me You Love Me – BolBBalgan4 ringtone: http://ringtonedownloads.mobi/tell-love-bolbbalgan4-ringtone/ free for mobile, top korean ringtones for android, ios...

Post a Comment