Tuesday 21 September 2010

Sudah lama aku hidup

20 September 2010,lebih kurang 20 hari lagi umurku akan genap 24 tahun. Iaitu 10 oktober 2010 (10/10/10).Cantik sungguh nombor itu.Mampukah aku hidup untuk sampai ke hari itu.atau mungkin pada hari itu aku akan pergi meninggalkan dunia.Semuanya sudah pasti menjadi tanda tanya bagi setiap orang.Bukan 20 hari lagi tapi esok juga belum tentu kita masih di sini.menghirup udara ini,menikmati pemandangan ini,menjamah makanan ini,memakai pakaian ini,dan sebagainya.

24 tahun.
Sudah lama aku hidup rupanya.
Kini aku sudah dewasa.telah matang untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.
Tapi mengapa masih dan sering kali aku lakukan kesilapan.

24 tahun.
Sudah lama aku hidup rupanya.
Tapi apa yang telah aku capai selama hidup ini.Sepanjang hidup pencapaian mana yang telah mengembirakan hati kedua orang tuaku?

24 tahun.
Sudah lama aku hidup.
Tapi sejauh mana aku mensyukuri nikmat yang aku nikmati.sering kali aku mengeluh kenapa aku tak dapat ini?mengapa terjadi begini?Tapi aku tak sedar nikmat yang telah aku kecapi.

24 tahun.
Sudah cukup lama aku hidup rupanya.
Hampir sesuku abad. Tapi apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup itu.apa sumbangan aku?pada adik,abang,kakak,ayah,ibu,sahabat dan paling utama pada AGAMA ini?

24 tahun.
Sudah lama aku hidup.
Aku akan terus hidup dan terus hidup selagi Allah berikan nikmat nyawa ini padaku.Dan aku berdoa nikmat Islam dan Iman tetap Allah berikan padaku selagi nikmat nafas ini disini.
Selagi aku hidup aku akan teruskan perjuangan ini,mengejar IMPIAN yang belum tercapai,mengembirakan orang yang tersayang ,berbakti pada agama ini dan sudah pastinya dalam REDHAMU ya Allah.

1 comments:

Unknown said...

thong tin gia xe fortuner 2017 nhap khau
tin tuc xe tai dongben gia re nhap khau chinh hang tai ha noi
gioi thieu xe gia xe mirage 2017 phien ban hoan toan moi

Post a Comment